Assalamualaikum semua
Ada satu tempat yang kami tak pernah pergi kalau ke Cameron sebelum ni, jadi kami nak cuba la tengok ada apa kat sana. Lagipun tengok gambar2 yang orang share kat tempat tu macam cun jer. Dah puas kami bergambar kat
BOH Tea Centre Sungei Palas, kami pun bergerak nak cari Cameron Lavender.
Ingatkan dekat2 atas Cameron ni jugak, kami ikut map kertas yang beli tu jer. Jalan lagi jalan lagi... mak aii, boleh tahan jauh nak pi ke tempat ni... Selepas Tringkap tu turun bawahhhh lagi.... Dekat setengah jam jugak perjalanan dengan kereta.. bila dah campur traffic jam jadi la sejam nak sampai sana... Makanan yang makan dekat BOH tadi dah habis process.. Kalau tak silap dah turun gunung sikit jugak la ke Cameron Lavender ni...
Cameron Lavender ni antara tarikan terbaru di Cameron Highlands. Kiranya masa myself pergi kecik-kecik dulu memang tak ada lah. Tengok gambar orang macam cun buat kami tertarik nak ke sana. But for myself, this place is purely commercial. Bunga lavender yang orang dok bergambar tu pun secoet cinonet jer.... Myself bayangkan sebesar padang bola lavender nya....
 |
Sampai2 ada mickey... of course la kitorang tak beli gambar yg jual tu, minta dia snap guna handphone jer... |
 |
Ni la lavender nye.. betul2 sebesar ni jer... |
 |
MDH pertama kali tengok Lavender |
Lavender ni mendaki bukit sebenarnya, warga emas & disable mungkin agak sukar nak mendaki ke atas. Curiosity punya pasal buat kitorang naik jugak. Kena bayar tau bukan free, tak ingat dah berapa.
Area dia kecik jer... tebing kiri kanan bunga2 tu penuh kedai2... Sebelah tebing untuk naik, sebelah lagi untuk turun. Dia akan tutup laluan naik supaya weols lalu jugak kedai2 lain nak turun tu....Tengah2 tu dia letak la bunga2 tu... For me, its more to kedai2 jualan than nature.... Bunga lavender tu 3 langkah jer.. Naik atas lagi dah bunga merah dan kuning ni pulak.. So boleh bayangkan lah lavender tak lavender pun....
 |
Nampak tak kedai2 di belakang tu? Infact depan aii pun kedai2 jugak |
 |
Ni jer la bunga yg ada.. Hijau ni tak tau bunga apa, lepas tu kuning, lepas tu merah, lavender secoet yang kat bawah nun.. tu jer la... |
 |
Nampak tak kat bawah tu kereta parking? Aii ingat sebesar padang bola taman lavender nya... cis! |
 |
MDH kat atas sekali.... Tak saujana pun mata kitorang memandang... |
Bunga2 ni pun dalam polybag.. bukan la dia tanam kat tanah tu.. anytime dia boleh tukar landscape.. its kinda dissapointing for me yang expecting lavender sebesar padang...
Habis lavender tu, ada lagi laluan mendaki ke atas lagi... Kat sini cantik sikit tebing bukit penuh bunga2..
 |
Love the colours.. sweet pink & lush green... |
 |
Sepanjang mendaki tebing ni, ada beberapa bird house di letakkan.... |
 |
Baru la sejuk mata kitorang memandang... |
Naik atas sekali... Rupa-rupanya kat atas ni ada Taman Daisy!!
Yang ni baru best...!
Di tanam atas shelves... banyak jenis.. cantik2 sangat daisies yang mekar...
 |
Aii is happy tengok warna warni daisy |
 |
MDH tunjuk skill photography dia |
 |
Cinta, kita beli yang ni nak tak? |
Bunga kat atas ni bukan sekadar untuk di pandang... Nak beli pun boleh... Yang seronok, kita pilih sendiri bunga mana yang nak, sendiri potong then bawak ke kaunter untuk pack & bayar...
 |
MDH belanja aii 2 kuntum daisy... I love you sayang... |
 |
Kitorang dah turun kat bawah... ada meow ni.. ambik gambar lah.... |
Habis... itu jer yang ada kat Cameron Lavender ni.. Kalau tanya nak repeat tak Cameron Lavender? Hmmmm..... mungkin tak....
Anyway, thanks MDH for sweet loving memories.... and daisies...
No comments:
Post a Comment