Kejadian dah lama. Saja nak share mana tau ada yang tengah cari aktiviti hujung minggu yang dekat-dekat untuk bersama keluarga.
Kami berdua (myself & MDH) gi panjat2 pokok. Seronok sangat! Yang tak seronok nya myself tak dapat nak habiskan sampai flying fox yang last.. myself ketaq lutut!! Masa ni baru myself sedar yang myself ada masalah dengan ketinggian!
Kisahnya myself la yang tergedik2 suka aktiviti macam ni.. MDH ala2 so so jer... kitorang bertolak awal jugak dalam kul 7.00 pagi dari rumah sebab ambik package yang awal kul 9.00 pagi tanak panas la kekonon... Myself siap buat bekal ala2 nak berkelah lagi.. Tak ingat dah, standard biasa mesti ada sandwich, mihun goreng, rasa2 nugget pun ada..
Tempat nya kat dalam Taman Botani Negara Shah Alam (dulu2 masa myself pergi kecik2 nama dia Bukit Cerakah Shah Alam . Masa tu rasa tempat ni dasyat sangat siap ada rumah 4 musim.
![]() |
MDH buat muka garang masa tunggu pintu taman nak buka |
Bila pintu taman dah buka kami pun ramai2 serbu masuk (standard la Malaysia), ramai2 pulak berebut beli tiket masuk Taman (standard lagi Malaysia - myself beratur hokey). Tiket masuk taman dalam RM3.00 untuk dewasa. Myself nak beli tiket rumah 4 musim sekali tapi under maintenance la pulak dah... tapi dengar2 cakap rumah tu dah lama tutup.. bila tanya kaunter akan cakap under maintenance.. tak tau la kot sekarang dah buka balik ker..
Dah masuk kitorang naik bus pulak.. pun beratur lagi.. masa beratur ni MDH lagi garang2 dgn myself tau, dia tak suka kena bangun pagi2, kena pulak beratur2 bagai ni lagi dia nak perangai...
![]() |
Gambar bus cilok dari Google jer |
Ramai jugak umat yang datang Taman Botani pagi2... macam2 aktiviti la.. ada yang jalan2 jer, yang gi panjat pokok macam kitorang, yang naik basikal keliling pun ada.. basikal banyak boleh sewa.. tapi kitorang naik jer bus ni.. syiok apa!
![]() |
Basikal untuk di sewa dalam Taman Botani Shah Alam |
Sesampai kitorang kat tempat panjat pokok tu, MDH la yang paling excited.. Haaa! Tau pun seronok!
![]() |
Dah nampak dah bibit-bibit ke-excited-an dia |
![]() |
Dah nak senyum dah tu |
![]() |
yo... this is me! |
Tempat kitorang pergi ni namanya Skytrex Adventures. Available at Shah Alam, Melaka & Langkawi. Siapa nak gi leh check info & booking kat sini
Myself yang buat booking. Ambik package Big Thrill la kekonon. Tanak la ambik yang Little Adventure kekanak kot, sekali....! tih tih tih... Package ni RM45/person sahaja.. Difficulties level Intermediate..
Lepas kitorang sampai & register, kena beli sarung tangan. Mana boleh naik guna tangan kosong safety first. Pastu kalau nak bawak botol air naik atas kena sewa tempat penyangkut dia pulak. MDH yang bawak botol air ni.Beg2 bekal tu simpan kat bawah jer, ada tempat simpanan barang di sediakan.
Lepas dah settle yang tu kena la pakai harness. Harness ni memang equipment wajib bagi panjat memanjat ni. Harness ni yang akan sangkut kita kalau terlepas tangan atau tergelincir kaki ker.
![]() |
MDH dah ready dengan climbing harness |
![]() |
Myself with my harness |
Perasan tak harness MDH dengan harness myself tu tak sama? Harness MDH tu harness standard mcm org lain pakai kat pinggang jer. Harness myself special tau! Sebab nya? Hihihihihihi...
Lepas dah settle harness... trainer tu tanya samada kitorang dah experience aktiviti panjat memanjat ni.. Of course la tak kan, sebab tu nak try... So trainer bawa kitorang gi satu tempat training kecil dan explain climbing gear, safety rules, cara2 nak sangkut harness dengan carabiners and all and bagi kitorang try flying fox mini yg training dulu.
Dah settle yang tu, baru la kitorang start adventures pokok. Kat setiap station tu mmg ada guide yang jaga, so no worries okeh.. apa2 hal boleh tanya jer kat guide tu. MDH of course dia yang naik dulu. Tapi itu yang buat masalah for myself. As MDH dah proceed dulu, dia dengan laju nya naik. Dah sampai atas, guide pulak cakap terus2 tak payah tunggu2. Myself pun mula panjat pokok besar yang start Big Thrill...
![]() |
Ni pokok besar start Big Thrill station. Sumber google. |
And without a clue, MDH pun proceed dengan laju dan hati riang gembira lalalalalalala!
Dia tak tau wife chubby dia stuck kat tengah pokok!!!!
I felt so helpless stucked there!! Kaki rasa lembik... lutut ketaq!!!! MDH dah proceed entah ke mana!! I don't know what's happening to myself! All I know I don't have the stamina to proceed.. So, until 3 quarter of the tree I just hug the stair like some koalas!!
The boy guide there try to motivate me... Dia cakap, naik jer takkan jatuh tadi kan dah try masa kat bawah dah pasang harness semua.. you should be ok...
I know I know I should be ok.. I know I won't fall.. It just that I cannot move my feet another inch!!
So what I did?
I shouted to my darling hubby!! Abang Abang... tunggu saya!! huhuhuhu.....
![]() |
Some of the track. Sumber google |
![]() |
Another track Sumber google |
![]() |
Titi jala gantung. Nampak senang tapi cuba dulu. Sumber google |
See.... I needed my MDH!
Lepas dah MDH tunggu myself... and myself pun dengan sisa-sisa kudrat yang ada.. myself paksa kaki naik selangkah demi selangkah sambil mulut bebel2 sebab MDH tinggal! (walhal sendiri yang takde stamina)
Dah berjaya naik atas station yang pertama tu dah okey... tak la susah sangat sebab yang lain tu jalan2 jer atau flying fox... So MDH tak tinggal myself lagi... (orang nak happy2 buat sama2, tanak la tinggal2 mcm buat sorang.. ceh!)
Atas tu memang seronok la.. Macam2 trex boleh rasa macam gambar kat atas.. Tapi malang nya di sebabkan kejadian pertama tadi my body system dah bagi satu adrenaline protective rush yang buatkan myself rasa menggeletar dan sangat tak berupaya....
Lepas trex ke 4-5 tu myself cakap dekat MDH myself tak larat proceed.. So, guide yang ada dekat station cakap depan tu ada track yang boleh turun ke bawah kira half way la.. Sadly, myself turun sebab myself rasa sangat tak berdaya...
And MDH proceed sampai flying fox yang last sekali !
Wuuhuuu!! myself jealous tau while typing this!
![]() |
MDH dekat station |
![]() |
MDH baru turun dari atas lepas habis flying fox |
![]() |
Letih tapi seronok dan sangat puas |
Balik tu alang2 dah naik shuttle bas taman kitorang ronda2 la dalam Taman Botani... Tengok2 tak ada apa sangat pun.. so kitorang balik.. tamat separuh hari panjat pokok di Shah Alam...
![]() |
Gembira misi selesai |
Masa balik MDH cakap, sepatutnya bagi myself naik dulu.. so dia kat belakang, dia boleh monitor myself.. Tak la jadi mcm tadi tertinggal mencangkup tangga kat pokok mcm koala...
Nak repeat tak MDH?
No comments:
Post a Comment