Tuesday, February 16, 2016

Bila Mesin Basuh Rosak

Assalamualaikum readers

Mesin basuh kami rosak. Mesin ni mak saya yang belikan masa saya bujang dulu. Masa tu nak masuk rumah sewa tak ada mesin basuh jadi mak belikan sebab tau anak dia ni memang malas basuh baju dengan tangan. Terima kasih mak..




Brand Panasonic 6 kilo NA-F60A5 telah berjasa sekurang2 nya 9-10 tahun. Masa beli dulu harga dia dalam RM600++. Berkhidmat dari bujang sampai la dah kawen 6 tahun. Mesin ni amat jarang rosak. Cuma setahun kebelakangan ni ja. Rosak yang pertama bila isi air tak mau berhenti. Mula-mula tak perasan, tapi lama-lama pelik sebab mesin tak jalan2. Dah la kami suka wash baju tinggal bila nak keluar jadi balik dah boleh sidai. Bulan yang dia buat hal tu, terpaksa la bayar bil air lebih. Maklum la air mengalir membazir sahaja. Nasib la belas2 ringgit saja.Kalau ratus-ratus ribu riban, matilah.

 Mula2 dia buat hal tu, cuba macam-macam cara tapi sebabkan kami bukan handyman, tak jugak baik. Tiada pilihan, kami panggil orang betulkan. No orang repair dapat dari facebook group Puncak Alam ja. jadi kami ingatkan orang tu duduk Puncak Alam la. Rupanya orang Indonesia. MDH (My Darling Hubby) yang cakap dengan orang tu jadi saya tak tau dia Indonesia. Kami ada explain kerosakan apa dan mintak anggaran harga tapi dia kata kena tengok dulu. Sebab kan susah bila mesin basuh tak jalan, kami setuju dia datang. Janji lepas maghrib, tunggu2 dekat pukul 10.00 baru sampai. Bila dia sampai dia buat sekejap jer 10-15 minit dah baik. Ada part yang tersangkut ja, tapi sebabkan kami takde ilmu mesin basuh terpaksa panggil orang. Ada part yg kena basuh pun saya ambik basuh sendiri dalam bilik air. Repair charge dia maik aii! RM80! Walhal dia cuma betulkan part yang tersangkut ja bukan ada tukar spare part apa-apa. Saya tak tau la memang macam tu ka charge dia atau memang nak pau duit kami tapi pada kami RM80 tu amat la mahal. Bagi kami yang hidup kais pagi ni, RM80 tu lepas dah groceries kami seminggu. Lagipun saya jugak yang basuhkan part2, dia cuma check apa yg tersangkut ja. Jadi kami minta la kurang. Yang sakit hati tu dia boleh cakap tak boleh kurag sebab dia datang dari Meru! Kalau dah tau datang dari Meru tak payah la iklan kan dalam facebook Puncak Alam!

Saya cakap kat MDH, minta kurang jugak, Kami minta kurang jugak RM40. Kami cakap kami tak ada duit. Minta punya minta last2 dia bagi RM50 dengan tak berpuas hati. Kami pun tak puas hati jugak sebab dia charge sampai RM80!

Tu kerosakan kali pertama la. Baru2 ni 3 bulan yang lepas, mesin basuh buat hal lagi. Tengah2 basuh tu dia berbunyi berdentam dentum yang teramat kuat. Saya cakap MDH, bunyi apa tu?! Dia cakap bukan rumah kita la... (perangai rilek dia seperti biasa...). Sekali bunyi lagi dengan amat kuat, saya terus berlari ke mesin basuh! terus saya offkan suis. Check2 tapak dalam dia tertanggal derrr...!





Kami ambik screwdriver dan ketatkan nut. Ok dah ketat, basuh balik baju.. Dalam seminggu dua tertanggal lagi tapak dalam dia.Sebulan dua keadaan masih macam tu.Nak basuh baju jer masalah, nak basuh baju jer masalah.Kesudahan nya, memang mesin basuh kami dah rosak. Kami call2 jugak orang tanya nak repair tapi dengar jer harga yang dia nak charge kami tak jadi. Sebab belum tentu baik, tapi dah letak harga tinggi2.

3 bulan jugak kami berulang alik ke self service dobi. bila mcm tu, keadaan mmg la amat tak selesa. Nak basuh baju sikit rasa rugi sbb bayar mahal pastu ruang mesin tu ada banyak kosong. Simpan baju basuh banyak2 sekali mmg sakit mata tengok timbun-timbun. Mobiliti lagi, nak angkut baju2 tu.. kadang2 malu dengan orang2 lain yang ada kat dobi tu sebab basuh baju banyak2 macam malas benar laki bini ni.. huhuhu...

Akhirnya  bila dah tak tertahan, myself mula la google2 tentang mesin basuh rosak ni. Last2, MDH call sorang brother ni yang buat service baiki mesin basuh, explain kat dia apa yang rosak. Nasib la pulak brother ni pun baik hati.Dia cadangkan dekat kami, terus ke Panasonic Service Centre, PJ. Lagipun kalau panggil orang datang baiki, yang di bawa tu sparepart ja dari mesin2 basuh lain.Kami pun google mana Panasonic Service Centre dan set date MDH ambik half day kami gi la Panasonic Service Centre tu.


ni la tempat service centre tu


Kami bawak sekali gambar close up mesin basuh kami supaya senang tau model apa. Bendalah yang rosak tu siap bawak masuk dalam plastik sekali dengan nut dia.


9 tahun pakai dari kaler cantik dah jadi kuning cover dia



Ini la tapak yang rosak tu. Berkali2 MDH ketatkan nut dia, tapi tetap tertanggal.


Masa kami sampai, tengok2 wah boleh tahan ramai orang. Kira kerusi yang ada tu penuh la tinggal satu dua yang kosong. Tapi orang2 lain tu ada yang datang sebabkan perkara lain TV lah, printer la, macam2 lah. Sekejap jer lepas kami ambil no dalam 10 minit camtu no kami di panggil, kami terus bagitau masalah. Pegawai khidmat pelanggan tu cakap yg rosak tu pulsator (baru tau nama dia!). Bila dah lama2 pakai (9 tahun dah...) tempat screw tengah tu dah haus. Itu la sebab bila pasang nut, dia dah tak lekat. So kena beli pulsator baru.

Dia buat order dan minta kami buat bayaran. Lepas tu tunggu dia gi ambil barang kat store. Oh ya, kami beli sekali nut dia yg besar tengah2 tu. Bukan apa, alang2 sekali beli, kalau nanti nut lama tu pun dah haus, kan kena sekali trip lagi nak ke PJ. Bukan dekat2 dari Puncak Alam. Total bayaran sekali screw dalam RM70 lebih kurang tak ingat dah. MDH cakap takpa beli jer, yang penting mesin basuh baik.

Sampai jer rumah MDH terus pasang kan pulsator tu. Kami test dengan air sahaja tengok dia tercabut atau tak, boleh pusing elok tak,  sekali jadi macam ni!




Keluar semua habuk2 dalam tu...!

Okey, kami rinse dan nak bilas air tu.. masalah lain pulak timbul! Air tak nak keluar!

Rupa2 nya di sebabkan kami 3 bulan lebih tak guna mesin basuh semua bekas2 sabun yang basuh sebelum ni mengeras kat dalam tu. Bukan saja sabun mengeras tu keluarkan habuk macam ni, habuk tu juga menyebabkan lubang rinse air di mesin basuh tersumbat.

2-3 kali rinse pun tak jalan.. still air keluar separuh lepas tu sumbat.. mesin berbunyi menandakan tak boleh spinse.. bila check air tak keluar habis..

Saluran keluar bermasalah la pulak..!

Balik kerja petang tu, myself ajak MDH self repair sekali lagi. Kami angkat mesin basuh ke bilik air, tonggeng kan supaya boleh buka penutup di bawah dan cuba masukkan air dari salur bawah ke dalam pulak...

Emmm... masa tu memang agak messy.. sebab dalam mesin basuh masih ada sedikit air, jadi tak boleh tonggengkan terus.. 45 darjah jer.. MDH nak buat kerja kat bawah tu terpaksa bersila dalam bilik air..

2-3 kali cuba masih tak jalan... air taknak keluar habis.. kitorag dah bukak balik pulsator yg baru beli tu sebab senang nak make sure bawah pulsator tu pun bersih takde habuk2 melekat2..

Last2, aii mintak MDH buka terus salur paip keluar air tu..


Bahagian bawah mesin basuh. Tempat air keluar tu la saluran keluar air. Besi tu yang mengikat paip rinse.


Dan sembur air melalui saluran keluar tu ke dalam. Buka air besar supaya dapat pecahkan mana2 habuk sabun yang mengeras dan buat saluran keluar tersumbat.

Hasil nya....



Air yang keluar dah bersih, tiada lagi habuk2


Keluar segala habuk2 keladak sabun yang mengeras.. sampai dah putih bersih air yang mengalir keluar tu baru kitorang test rinse air lagi sekali..

Alhamdulillah, kali ni mesin basuh tu berfungsi baik seperti biasa!

MDH angkat balik mesin basuh pergi yard dan myself pulun buat kerja... kerja2 basuh baju yg 3 minggu punya (punya tak antar dobi sebab nak tunggu pulsator baru)...

Bagi yang nak baiki mesin basuh sendiri, myself amat galakkan sebab sangat jimat. Tetapi titik beratkan langkah keselamatan ya?

Sebab bawah mesin basuh tu la banyak wayar2.. make sure jangan basahkan nanti short pulak, terus kena buang mesin basuh tu..

Lagi satu make sure sentiasa unplug suis mesin basuh masa buat kerja2 repair.. bila nak test rinse & spine ja kitorang plug suis sebab elektrik dan air ni sangat merbahaya okey...

Itulah secebis pengalaman bila mesin basuh rosak.. Harap dapat membantu serba sedikit bagi yang tercari2 penyelesaian kepada masalah mesin basuh yang serupa...

Let me know kalau anda ada masalah serupa dan dapat selesaikan dengan langkah di atas ya?

Jumpa lagi... Mmmuachh!

 












27 comments:

  1. asmlkm...sy ada msalah yg sama jgk..tp xpndai nk bukak tempat saluran keluar tu..blh xajarkan cara bkk dia..tq

    ReplyDelete
  2. Tq.. info berguna. Baru jadi masalah pulsator tu. Nut tercabut masa spin , ketatkan balik pun tak ok dah. Longgar semula. Stress... huhuhu

    ReplyDelete
  3. Google mesin basuh rosak jumpa blogspot nie... sama rosak yang pertama bila isi air tak mau berhenti, baru ingat nk DIY buka part mesin tapi try spin 2 3 kali pastu da ok sbb mmg da bajet yg sangkut tu mgkn sbb syiling or button baju tercabut. Thank 4info psl part tersangkut tu....

    ReplyDelete
  4. Boleh bagi info tak..mesin basuh saya ni bila spin boleh pakai..tapi bila nak basuh..air tak henti2 keluar..apa nak buat ye?

    ReplyDelete
  5. Boleh bagi info tak..mesin basuh saya ni bila spin boleh pakai..tapi bila nak basuh..air tak henti2 keluar..apa nak buat ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis ingat tak ape masalah mesin basuh sisi ni dulu?

      Delete
  6. ishh ...
    i dah byk kali hantar i punya mesin basuh ke kedai utk repair , tapi just tahan brpa bulan je thn rosak lagi , aku rasa geram lar ..sekarang i mmg dah plan nak beli mesin basuh baru , tpi i tak pasti nak beli brand yng mana , tapi kawan2 i ni suruh beli brand beko , ok ke?? ada sesiapa tau psl brand ni blh cerita sikit tak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm ada pernh dengar nama brand ni lar kalau tak silap saya harga brand ni mahal ... ...

      Delete
    2. umh ak bru bli LG .sbb LG ni lg murah la dri Beko tu.function sma je pon.

      Delete
    3. ye..mmg la murah brand ni..kualiti pun so so je
      function same tp kualiti xsame kan, beko ni dr euro
      dia jname terkenal kat sana, kebykan diorg gune brand produk ni

      Delete
    4. Amendamenda
      oh brand ni dari euro tapi nanti nak buat apa2 service ke or nak repair dia punya spare parts ke mcm mana ??? susah nak dpt ke ?

      Delete
    5. harga beko ni mahal sgt ke ??

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
    7. @anonymous stiap brg kualiti dia laen2..kdg2 kualiti biasa2 or basic je mmg hrga lbih murah.mcm beko ni teknologi pon dri brat,jdi kualiti dia tu lain..ko tgk design dia pon dh bole thu.. than lma jgk diorg bole bg wranty lma,law xbgus xkn nk bg lma kn...bole rugi kot..

      Delete
    8. @luqman hakim hrga dia standard je...kalau ko amik model yg plg bgus mmg la hrga tggi..klu yg biasa hrga pon murah je..mn2 brand pon sma je..ko bole g tgk website diorg model ape yg ko nak.

      Delete
  7. aq rasa mesin basuh dh guna lebih 8 tahun xyah repair
    beli mesin baru legi best sbb skrg mesin basuh ramai yg ade jimat air atau elektik
    lagi jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau i pon trus bli bru.cost nk repair pon xmrah..bli trus yg thn lma...8thun tu dh ckup lma dah..mmg akn prob pon

      Delete
    2. btl jugak , sbb tu lar skrg aku fikir bttr beli baru punya sbb dah malas nak repair lagi sekali..

      Delete
  8. maaf mencelah tuan tanah..bagi saya cas rm80 tu dah murah dah.. kos barang+minyak kereta+upah.. upah pun tak seberapa.. lain lah dia delivery barang sahaja.. kalau tuan tanah ada ilmu mesti kos baiki murah..ilmu ni mahal tau.. pulsator pun mahal kalau beli dekat centre.. harga boleh dapat dalam rm30 lebih macam tu je..bukan marah cuma mahu kongsi cerita je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,saya sokong awak,rm80 tu memang berbaloi dan paling murah,orang lain dekat rm100 lebih

      Delete
    2. betul lah tu, masa dan kepakaran serta risiko tu ada harga dia.. bukan barang je ada harga.

      Delete
  9. Asslm nak minta bantuan washing machine saya Lg 12 kg drect drive. Setalah dicuci kotoran di tempat pembuangan air. Masih air tidak behenti dan terus keluar ikut tempat pembuangan air.

    ReplyDelete
  10. Harga memang macam tu bang,saya pon akan caj harga macam tu,walaupun saya melayu,sebab itu harga pasaran,jangan cakap orang cekik darah

    ReplyDelete
  11. Nak murah wat sendiri .
    Baru tahu susah payahnya..
    Apa hal kol saya jika mesin basuh anda rosak..cover area puncak alm sekitarnya
    01137006823 din

    ReplyDelete
  12. Thanks and I have a dandy offer you: What Renovation Expenses Are Tax Deductible home exterior makeover

    ReplyDelete