Hari ni nak share 5 langkah mudah membuat visa ke China. InsyaAllah kalau tiada aral melintang (
Plan asal, dari Hong Kong ke Shenzhen lepas tu baru ke Guangzhou. Tapi bila study2 balik, myself nak experience pasar Jumaat di Masjid Huaisheng, Guangzhou. So, tukar la plan dari Hong Kong terus ke Guangzhou baru balik ke Shenzhen sebab flight pergi balik dari Hong Kong.
Ok tak nak panjang2 pasal trip, mari nak share langkah2 yang perlu di buat untuk mendapatkan Visa ke China. Guangzhou & Shenzhen tu Mainland China yer, perlukan Visa. Hong Kong tak perlukan Visa (bagi Malaysian citizen).
Berikut merupakan 5 Langkah Mudah Membuat Visa Ke China:
1. Buat passport bagi yang belum ada passport. Bagi yang dah ada passport make sure passport sah tempoh sekurang- kurang nya 6 bulan sebelum perjalanan.
2. Isi borang "Visa Application Form of the People's Republic of China" di website Chinese Visa Application Service Centre sini
Click dekat Quick Access dan isi lah Online Application Form. Beberapa perkara yang anda perlu tau.
i. Part 1 Personal Information, 1.11 Passport Number.
Di sini anda perlu isikan no passport anda, jadi siapkan passport sblm isi form ya.
ii.Part 2 Travel Information, 2.2 Intended number of entries.
Yang ni, tick betul2 sebab harga Visa pun berdasarkan apa yan anda tick kat sini. Kalau single entry RM88.30, kalau double entries RM108.30, multiple entries 6 months RM138.30 & multiple entries 12 months RM178.30. Semua ni boleh refer dalam website yang sama bahagian "Payment methods and Schedule of Fees."
Apakah single entry?
Single entry bermaksud anda masuk ke Mainland China sekali sahaja. Kemudian anda keluar dari China dan terus balik.
Contohnya: Kuala Lumpur --> Beijing --> Kuala Lumpur
Apakah Double entries?
Double entries bermaksud anda masuk ke Mainland China sebanyak dua kali.
Contohnya: Kuala Lumpur --> Guangzhou --> Hong Kong --> Guangzhou --> Kuala Lumpur
Kenapa double entries di sini? Sebabnya, semasa anda keluar ke Hong Kong anda telah keluar dari Mainland China, kemudian anda nak masuk balik ke Guangzhou jadi perlukan another visa.
Case study:
My trip nanti mcm ni: Kuala Lumpur --> Hong Kong --> Guangzhou --> Shenzhen --> Hong Kong --> Kuala Lumpur
So berapa Visa yang di perlukan?
.
.
.
.
.
.
.
.
Satu jer... pandai pun!
iii.Part 2 Travel Information, 2.3 Are you applying for express service?
Standard service time dari masa submitting form to collection of visa ialah 4 hari. Kalau nak cepat tick la 'yes' dekat sini. Nak cepat harga visa pun cepat punya la. Depends pulak cepat 3 hari ka atau 2 hari. Rujuk gambar bawah ni ya.
iii.Part 2 Travel Information, 2.9 Have you ever been granted a Chinese Visa?
Untuk bahagian ni, MDH memang tak pernah ke China, so letak Not Applicable (N/A) jer. But myself pernah ke Beijing 10 tahun lepas so, cari la passport yg lama2 tu. As for me, I just specify what are the visa number, issue date, carrying passport number apa & visiting from when to when.
Dah siap fill up form, print out, semak maklumat dan jangan lupa tandatangan tapi tarikh tak perlu letak dulu ya. Letak lah tarikh pada hari yang anda nak hantar form. Boleh jugak kalau nak save and edit kemudian baru print. Form ni siap ada Bar Code lagi.
3. Sediakan supporting dokumen yang di perlukan:
i. Passport (original)
ii. Photocopy halaman butiran diri di Passport (required)
iii. Sekeping gambar size visa berlatarkan putih (required)
iv. Flight tiket pergi dan balik (required)
v. Hotel booking (in case asked - time kami dia pulangkan semula, dia ckp dia nak flight booking saja)
vi. Travel Itineraries (yang simple2 sudah - x payah yg booklet bagai - ni pun dia pulangkan lepas tgk)
vii. Duit pembayaran (masa collect)
![]() |
Visa Application Form & Supporting Document |
4. Submit signed form & supporting document ke Level 5 CVASC
Address: Level 5 & 6, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Business hours:
Business Hours:Monday-Friday. Closed on Saturdays,Sundays and Public Holidays.
Submission of applications: 9:00 to 15:00.
Payment and collection: 9:00 to 16:00.
Contact information
Call: 603 2176 0888
Fax: 603 2161 2234
E-mail: klcentre@visaforchina.org
![]() |
Map CVASC |
![]() |
Bangunan Hampshire Place Office. Nama kemain mcm kat omputih walhal kat KL yg berasap tu jer. |
Naik tingkat 5 tau untuk Individual Application. Nak collect nanti naik Tingkat 6.
![]() |
Tingkat 5. Submission time 9.00 pagi sampai 3.00 petang sahaja yer. |
Keluar lift terus nampak counter ni. Ambik number queue kat sini. Tapi dia akan check dulu samada dokumen lengkap sebelum di keluarkan number.
![]() |
Ni hao! Senyum sikit dekat petugas tu tau! |
![]() |
Dah dapat number queue |
![]() |
Interior Office CVASC. Rasa seronok tgk office ni, interior berasaskan China. |
Selepas number di panggil, serahkan document dekat counter bertugas yer.
![]() |
Number kami di panggil oleh kaunter 11.. Ni hao kami sama2 tegur.. Dia senyum bila saya cakap Ni hao! |
Dah selesai submit document, dia akan bagi Pick Up Form mcm ni. Jangan hilangkan tau!
![]() |
Pick Up Form ni ada Barcode. Dia akan scan masa collection. |
5. Pembayaran & Collect Passport di Level 6 CVASC
Selepas 4 hari, bawa Pick Up Form di atas & RM berdasarkan jenis Visa yang di pohon, naik Level 6 dan ambik queue ticket untuk collection.
Lepas number di panggil dia akan scan barcode dekat Pick Up Form dan minta bayaran. Lepas tu dia akan serahkan Tax Invoice ni.
Serahkan pulak copy ni dekat kaunter sebelah kiri dan petugas tu akan ambil Passport kita ye. Dalam dia dah ada Visa mcm ni.
Siap Alhamdulillah!
F.A.Q:
1. Bila boleh buat Visa?
3 bulan sebelum perjalanan.
2. Susah tak buat Visa? On a scale of 1 to 5 with 1 being very easy and 5 being very difficult, rate the
difficulties of applying the visa to China?
2 - sebab ada satu sahaja centre di Malaysia
3. Macammana service di kaunter CVASC? On a scale of 1 to 5 with 1 being poor and 5 being very
excellent, rate the efficiencies of CVASC customer services?
5 - very excellent, friendly & fast
Overall comment:
Tak la susah mana nak buat Visa ni. Once you're in the Hampshire Place Office everything is so smooth & fast. It tooks us around 10 minutes from queue number issued to submitting application & about 5 minutes from queue number issued to passport collection. Thumbs up to CVASC! memang tak sama mcm service kaunter di Malaysia.
The only problem is, cuma ada satu saja CVASC in Malaysia and it is in KL hustling and bustling City Centre. Untuk 10 minutes services, i have to battle 2 hours of traffic to reach there and I really loath the situations! If not for the sake of knowledge, i would have paid any runner to do the deeds. I read that there are runners who can settle those for just RM10
Any sesiapa yang nak ke China juga?
No comments:
Post a Comment