Dalam rumah ni ada dua penghuni saja. Myself & MDH. Anak? InsyaAllah bila Allah izinkan... Tukang beli barang myself la.. Myself suka beli2 barang2. Kadang2 tak beli pun, lalu tengok pun cukup la dah terhibur dah hati..
MDH? MDH ni suka beli barang tak, nak jalan2 tengok barang pun tak nak.. Kadang2 nak beli satu2 barang tu memang akan bergaduh bagai sebab sorang nak pi sorang tak mau pi... hehehehe....
Tapi MDH la sahabat baik myself dunia akhirat insyaAllah...
Sebabkan myself suka beli2 barang alkisah nya penuh la rumah dengan barang2... bila barang dah penuh tempat nak simpan pulak tak ada.. mula la myself serabut... mula la myself google sini google sana google sinun.. hehehehe...
Bila myself dah jumpa yang ala2 myself nak tu mula la myself tak senang duduk selagi tak dapat... dan myself akan mula tampal2 gambar benda yg myself nak tu kat our home board... cerita2 dengan MDH... (mentally prepared him so that kurang gaduh bila nak pergi.... but stilll..!
Cutting the story short, berjaya la myself pujuk MDH yg separuh duka lara mengikut myself pergi satu tempat ni... Layan...
![]() |
dah nampak dah... |
![]() |
Rajin nya MDH... |
![]() |
95% siap! |
![]() |
Tambah caster for mobility. Senang nak sorong papan tarik papan... eh! |
![]() |
Kayu bahagian belakang yang menstabilkan rack |
Ini lah hasil nya...! Rack microwave dan oven designed by myself & handmade by MDF
![]() |
Bawah simpan barang2 baking dengan LAMPLIG Ikea. Atas masih boleh letak barang. |
1. Kenapa kena custom made?
Nak size yang ngam dengan size oven & microwave. Dah cari2 yang ikea tapi semua options tak ngam dengan size. Kami dah ada satu Albert kat rumah yang guna untuk letak barang2 masakan tapi width kecik tak boleh support oven & length pun tak cukup nak masukkan oven. Other than that, tengok2 jugak Hyllis alang2 dah murah. Hejne size tak ngam dengan ruang yang nak letak. Lerberg cantik tapi sebabkan size atas yang kecik, nanti oven kena letak bawah sekali tak practical.
My request:
i. Size mesti ngam dengan oven & microwave
ii. Oven mesti separas pinggang senang nak buka tutup
iii. Microwave letak tinggi sikit takde masalah.
iii. Mudah di gerakkan ke mana2. Sebelum ni kami letak jer oven & microwave atas Japanese table. Masa nak guna microwave takde masalah tapi bila nak guna oven, i have to ask MDH every single time untuk angkat microwave letak atas dining table. Oven tu kan panas, tanak la nanti kaki microwave tu cair ker apa ker.... (imagination!)... So bertahun2 macam tu, myself fedup la... kalau nak guna oven masa MDH takde susah myself. Orang perempuan ni tak elok angkat barang berat2.
![]() |
This is how it was |
2. Kat mana buat tu?
Kat sini
3. Berapa harga?
Emm... kalau nak ikut kan tak la murah sangat. Kira2 kalau Ikea Hejne unit kalikan lah dengan 2. Tapi style open concept woodworking workshop ni memberikan kami pengalaman pilih kayu sendiri, potong kayu sendiri guna Circle Saw and bertukang sendiri apa yang nak, ikut apa saja kata hati, so pada myself ok lah... myself ok... tapi MDH bising2 jugak lepas dah balik dia cakap mahal lah.... tapi bila mudah jer sekarang tak payah susah2 angkut sana angkut sini dia jugak yang tersenyum lebar... sigh!
4. Selesa tak buat kerja kat situ?
Pada myself ok lah... kalau nak selesa2 sangat duduk rumah tak payah buat apa2. Atau pun beli tanah besar2 boleh buat bengkel sendiri sebesar alam dengan tools sendiri... hehehehe... For myself dah nama pun workshop mcm workshop la... Cuma kalau sapa2 yang telapak tangan lembut bak sutera tu sila bawa sarung tangan sendiri sebab kat sana tak de sarung tangan... Kalau yg kasar2 mcm myself takpe alah bisa tegal biasa...
Pasal timing pulak sebab kan kami tak biasa buat2 kerja2 kayu nak potong2 bagai ni, guna mesin semua tak reti baru nak belajar dan di ajar memang makan masa sikit la.. Jangan lupa setiap jam yang spend kat situ ada charge dia. Lagi lama buat kerja hegeh-hegeh lagi banyak kena bayar... kahkahkah..padan muka kami buat kerja hegeh-hegeh... Tapi jangan risau, Encik Azlan dan Encik Zul tu mesra dan tak lokek... in fact kami dapat diskaun pun masa pergi tu.. Alhamdulillah...
5. Ada apa-apa lagi tak?
Actually, ya ada lagi... for myself, sebenar nya hasil yang kami buat hari tu boleh di perkemaskan lagi in term of finishing... maksud myself, kekemasan kayu tu lepas di potong. Myself nak guna southern yellow pine tapi habis. Yang ada cuma spruce. Nasib pillar tu mmg southern yellow (kalau tak silap) jadi katam dia lembut bak baby. Rack dia tu terpaksa la guna spruce, spruce ni agak rapuh walaupun kukuh.Southern yellow quality lebih baik, dia liat sikit kalau screw pun tak la nak pecah. Spruce ni kalau tak hati2 screw atau screw tepi sangat nanti dia senang pecah.
Tapi sebabkan kami dah sampai dan tanak masa terbuang jer, kami setuju jer guna spruce. Itu pun kami terpaksa pilih2 banyak kali sebab kayu banyak yang orang dah pilih2 dah beli. Bila dah potong spruce pulak tepi dia senang pecah mcm berselumbar dan kena kikir dan gosok dengan kertas pasir nak kemaskan. Tak sama macam pillar yang southern yellow tu bila potong cantik jer, tak payah nak kikir2 kan lagi dah..
6. Kenapa tak kemaskan terus masa kat situ?
Timing la... kami janji pukul 11 pagi. Dah sampai 11 pagi, encik Zul tak sampai lagi kami pergi makan dulu. Lepas makan semua siap, dalam kul 12.30 camtu kami masuk workshop.
Tau2 je lah, tghari panas dan baru lepas makan... sejam dua boleh la MDH buat kerja lebih dari tu MDH dah jeling semacam jer dekat myself sebab kedegilan myself mengheret dia sama ke kancah kayu kayan... hahahahaha!
Alkisahnya siap dalam kul 3.30 petang... angkut masuk kereta lagi bagai.. kira2 berapa jumlah kena bayar semua dah pukul 4.00 petang.. MDH dah mencuka nih.. kihkihkih.. jadi myself pejam2 mata je la kat finishing yang berapa finish.. screw yang tak berapa alligned... kihkihkih...
7. Bawak masuk kereta, muat ker?
Muat..Alhamdulillah...! Masa nak pergi tu lansung tak terfikir macam mana nak bawak balik... bila dah siap setinggi kepala myself tu baru terpinga2 macam mana nak bawak balik.. MDH cakap dia nak datang ambik dengan van
Kereta apa?... heheehehe....
Sebelum ni pun myself memang biasa buat perangai2 tak senonoh ni. Contoh nya masa nak bawak balik Strandmon dari Ikea... korang semua jangan tiru perangai myself tau!
Sampai jumpa lagi... adios!
No comments:
Post a Comment