Monday, February 22, 2016

Cameron Highlands Day 1: Bharat Tea Plantation

Assalamualaikum semua

Sedikit catatan perjalanan ke Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pahang. Ini bukan lah kali pertama kami ke sana tapi ini adalah percutian bersama kami (selepas kahwin) kali yang ke tiga ke Cameron Highlands. Beza nya kali ini kami ke sana berdua sahaja.

Kali pertama bersama-sama ke Cameron Highlands sewaktu singgah dari perjalanan pulang company trip MDH ke Pangkor. Itupun kami sampai dah petang. Singgah makan malam terus turun. Myself semasa kecik2 pun mak dah bawa banyak kali ke Cameron tapi bagi MDH itulah kali pertama ke sana. Bila dah turun malam, MDH tak dapat nak tengok pemandangan ladang teh yang menghijau. Sayangkan?

Kali ke dua kami ke sana bertiga bersama si comel Afnan Nayli (my darling niece). Trip tu 2 hari satu malam saja. Kali ni kami naik lagi ke atas tapi Afnan Nayli dah pindah ke Nusajaya, Johor. Jadi tak ada sesiapa lagi yang kami boleh bawak berjalan2. Berjalan berdua saja lah.

Mari tengok gambar2 kami sewaktu di sana.


Dah start mendaki


Lalu perkampungan semasa naik




Kami keluar pagi2 dari Puncak Alam dan target sampai di Cameron tengah hari. Memandangkan kami dari Selatan, kami keluar saja Toll Tapah walaupun sedia maklum jalan dari Tol tapah agak kecil dan steeps berbanding jalan Simpang Pulai. Lagipun kami nak merasai suasana ladang teh yang tak dapat di rasai sekiranya melalui jalan Simpang Pulai.


Pemandangan sepanjang perjalanan bukit bukau menghijau


Gerai jualan di seberang jalan untuk pelancong yang turun. Signboard Bharat Tea dah nampak.

Kami dah sampai!


MDH seronok tengok ladang teh walaupun penat drive naik gunung


yeay..!

Destinasi pertama mesti lah Bharat Tea Plantation! MDH tanya aii, nak berenti ka... eh, mesti lah nak!





Kami singgah minum teh dan menikmati pemandangan di sini.


Cantik nya alam ciptaan Allah

Teh yang di minum terasa lebih sedap bila suasana macam ni..

Subhanallah! Indah amat!


Happy faces!


Sesiapa yang teringin nak ke mini waterfall kat tengah tea plantation tu boleh turun. Gambar mesti gempak2 kalau turun. Tapi aii is tak larat.. bukan tak larat turun, tak larat nak mendaki naik balik nanti. So nikmati pemandangan dari atas saja lah..

Selesai minum2, kami teruskan ke atas lagi mencari HillView Inn.. tempat kami menginap selama 2 malam kat atas Cameron...


Bye Cameron Bharat Plantation










No comments:

Post a Comment