Hari ni berkongsi satu lagi tempat menarik yang free untuk menghabiskan masa di hujung minggu sekitar Selangor. Seingat saya, selepas kami tau tempat ni, sekurang-kurangnya 3 kali dah kami ke sana mandi manda.
Kebiasaan nya kami memang akan bawak bekal nasi atau mihun complete dengan lauk pauk untuk berkelah. Ada juga penjaja yang jual goreng-gorengan dan kuih muih. Ada juga penjual ais-cream. Kami biasanya beli ais-cream masa nak balik, jadi makan dalam kereta waktu balik.
Tempat dia kecil sahaja tapi redup dan mendamaikan. Kadang2 ada jugak family yang siap bawak khemah untuk anak2 berehat atau salin baju lepas mandi manda. Jangan lupakan tikar sekali tau. Tikar kami memang sentiasa ada dalam bonet kereta. Mudah kalau ke mana2.
Nama kawasan rekreasi ni Air Terjun Serendah. Mari tengok gambar2 yang kami snap kat sana. Maaf lah gambar dah lama, tak de gambar penuh kawasan. Cukup lah sekadar gambaran suasana bagi sapa2 yang nak ke sana.
![]() |
Kecil tapi sangat indah |
Air yang mengalir dari air terjun ni membentuk anak sungai kecil. Ibu bapa yang bawa anak2 kecil biasa nya lebih gemar anak sungai kecil tu sebab air dia cetek, separas lutut dewasa sahaja.
![]() |
Di sebelah air terjun ada di sediakan pondok2 kecil bagi meletakkan barang dan berehat |
![]() |
Walaupun kecil saja air terjun ni tapi water pressure dia sangat kuat! |
Kami biasa nya akan masuk ke belakang air terjun tu bersama-sama orang lain. Belakang air terjun tu pendek jer separas pinggang / dada orang dewasa bergantung ketinggian. Dah masuk belakang tu boleh bernafas macam biasa sebab ada ruang udara.
![]() |
Jejak kaki |
![]() |
Walaupun teduh tapi cahaya matahari bersinar terang silau mata kami |
Paling kami tak boleh lupakan masa mandi kat sana ada seorang pakcik India yang berbadan gempal sama2 masuk dengan kami ke belakang air terjun tu. Mula2 kami sekadar masuk ke belakang saja. Lepas tu pakcik tu ajar satu trick dekat MDH, lepas dah masuk ke belakang, angkat tangan ke depan dan biar air terjun yang jatuh tu urut2 bahagian lengan dan bahu. MDH suka la! Dia memang suka urut2 ni.
Selepas tu, kalau kami ke sana lagi MDH mesti akan sebut2 pakcik India tu dan pasti akan buat urutan air terjun yang pak cik tu ajar.
![]() |
Teduh2 perut kenyang, bayu pulak bertiup lembut, MDH sampai terlelap! |
Dah nak balik, beli ice-cream kat penjual aiscream. MDH pasti akan belikan saya ice-cream ni sebab ni ice-cream favourite saya.
On the way balik, sebelum sampai pekan Rawang tu MDH akan singgah beli Putu Bamboo & Shake Kelapa yang di jual di tepi jalan. Sedap!
Bagi sesiapa yang nak ke sana boleh lah search google map @ waze. Mudah jer cari dia ada signboard tepi jalan Kampung Datuk Harun tu. Kalau sesiapa ke sana pasti akan lalu satu rumah yang ada pagar yang unik. Sebab kan bentuk muka bumi yang berbukit kecil, tuan rumah tu terpaksa buat pagar rumah setinggi bumbung rumah dia atau orang boleh masuk dengan hanya naik bukit kecil di tepi pagar tu.
Ni map Air terjun Serendah sebagai panduan yer. Selamat mandi manda!
No comments:
Post a Comment