Monday, February 22, 2016

Cameron Highlands Day 1: HillView Inn

Assalamualaikum semua..

Kami teruskan perjalanan kami dari sini mencari penginapan kami iaitu HillView Inn, No 17 Jalan Mentigi, Tanah Rata. Kami (read:myself) pilih Inn ni berdasarkan gambar2 di internet saja dan baca review sikit2. Masa datang Cameron sebelum ni kali ke dua dengan Nanan, kami stay dekat Rainbow Hotel, Brinchang. Jadi nak la merasa pulak tinggal di Tanah Rata.

Booking melalui Agoda saja. Rupa2nya bila book melalui Agoda ada service charge tambahan lagi yang kena bayar. Bila kami query dia tunjuk fineprint kat bawah.. hmmm.... tu la tak baca fineprint.... Apa boleh buat bayar saja lah.. Dah la masa kami sampai tu rupanya2 bilik yang reserve atas nama kami dah di beri ke orang lain. Jadi mereka bagi bilik lain dekat kami. Kami pun dah malas nak check apa beza bilik yang sebelum ni dan bilik yang baru sebab nak masuk bilik nak rehat ja.


Hydrangea sebelah parking kereta kami

Di belakang HillView ni masih ada satu lodge yang lebih baru iaitu Arundina. Tak pasti samada di miliki oleh owner yang sama. 

Bilik kami mengadap Arundina lodge di sebelah kiri. Masa kami sampai ada Chinese family yang tengah barbeque depan Arundina so kami tutup langsir je lah. Balcony pula mengadap bukit. Tapi bukit dah tak cantik sebab bukit dah terpotong separuh dan ada farm sayur-sayuran kecil di tapak bukit yang terpotong tu.

Myself cakap dekat MDH nak sgt duduk Hillview, betul2 di bagi nya tengok bukit. Hillview ni agak comel la design building dia. Tapi bila berdiri depan Hillview nampak pulak bangunan yang under construction jadi tak berapa best la pulak. 

Kipas tak ada yer.. Aircond memang lagi tak ada la.. Malam2 memang sejuk tak payah kipas2 aircond2 bagai. Selimut pun rasa tak cukup nak berebut. Sedar2 pagi kenapa sejuk sangat ni, orang tu dah bungkus diri dia sorang2..





MDH di depan HillView Inn


Dah pehal colour disaster sangat kau ni Cinta!


Entrance ke HillView Inn penuh bunga-bunga yang mekar

The other side of HillView entrance


Garden depan HillView Inn



Sampai2 tu agak penat la dah la sejuk pulak..  TV dia agak zaman batu siaran pun tak dapat. Berapa kali kami kena minta tukar TV. Talipon pun tak ada dalam bilik. Kami call reception guna handphone ja sbb tak larat nak ulang alik naik ke bilik di tingkat dua. Ke sudahnya kami lelapkan mata saja.  

Lepas mandi dan solat jama' petang tu kami keluar nak round Pekan Tanah Rata dan Brinchang. Dekat Tanah Rata ni la tempat bas-bas dari bawah akan berhenti sebab Station Bas Cameron Highlands dekat sini bukan dekat Brinchang. Banyak kedai2 runcit, budget hotel dan budget apartment dekat sini sebab ni town utama dia. 

Petang tu kami cuba2 cari Taman Agro Teknologi Mardi berpandukan Google Maps. Sebelum ni kami tak pernah ke situ, dengar2 orang cakap macam best tempat tu. Entah ke mana2 maps bawak kami sampai ke hutan2 di belakang ada construction bungalow2 baru. MDH cakap tak payah la kita patah balik saja sebab macam salah jalan.

Jadi kami terus ke Pasar Malam Brinchang yang famous tu. Keluar jer simpang kami nampak couple foreigner buat isyarat hitchhike. Terus aii cakap dekat MDH berhenti2, kita tumpangkan diorang. Walaupun seat belakang ada barang, kami turun kemas2 kan supaya couple tu boleh duduk. Rasa seronok dapat tolong orang membayangkan kalau kami di negara orang macam tu la perasaan tak ada kenderaan.

Kami tanya mereka nak ke mana. Mereka cakap mereka pun tak ada tujuan sebab baru sampai petang tadi dan tempat yang mereka nak pergi tu tutup. Jadi mereka nak ke atas lagi. So elok la kami pun nak ke atas (Brinchang) jadi kami terangkan biasanya dah petang nak malam ni yang famous ialah Pasar Malam Brinchang jadi kami bawak la mereka sekali ke sana. Lupa dah nama derang. Gambar pun tak ambil , rugi kalau tak boleh buat kenang2an.

Bila sampai sana kami separate dan biar derang explore sendiri. Kami cakap kalau by the time kami nak balik derang pun dah habis tunggu dekat kereta boleh balik sekali, kalau tak kami assume balik sendiri2 dan derang ok. Gambar dekat pasar malam pun kami tak ambik sebab agak penat. Jalan ke Brinchang malam tu jam teruk sebab pasar malam. Lepas tapau makanan sebungkus dua bersama ketam goreng kami terus balik. Tak nampak pulak dah mamat dan minah saleh tu dah ke mana.










No comments:

Post a Comment