Monday, February 22, 2016

Cameron Highlands Day 1: HillView Inn

Assalamualaikum semua..

Kami teruskan perjalanan kami dari sini mencari penginapan kami iaitu HillView Inn, No 17 Jalan Mentigi, Tanah Rata. Kami (read:myself) pilih Inn ni berdasarkan gambar2 di internet saja dan baca review sikit2. Masa datang Cameron sebelum ni kali ke dua dengan Nanan, kami stay dekat Rainbow Hotel, Brinchang. Jadi nak la merasa pulak tinggal di Tanah Rata.

Booking melalui Agoda saja. Rupa2nya bila book melalui Agoda ada service charge tambahan lagi yang kena bayar. Bila kami query dia tunjuk fineprint kat bawah.. hmmm.... tu la tak baca fineprint.... Apa boleh buat bayar saja lah.. Dah la masa kami sampai tu rupanya2 bilik yang reserve atas nama kami dah di beri ke orang lain. Jadi mereka bagi bilik lain dekat kami. Kami pun dah malas nak check apa beza bilik yang sebelum ni dan bilik yang baru sebab nak masuk bilik nak rehat ja.


Hydrangea sebelah parking kereta kami

Di belakang HillView ni masih ada satu lodge yang lebih baru iaitu Arundina. Tak pasti samada di miliki oleh owner yang sama. 

Bilik kami mengadap Arundina lodge di sebelah kiri. Masa kami sampai ada Chinese family yang tengah barbeque depan Arundina so kami tutup langsir je lah. Balcony pula mengadap bukit. Tapi bukit dah tak cantik sebab bukit dah terpotong separuh dan ada farm sayur-sayuran kecil di tapak bukit yang terpotong tu.

Myself cakap dekat MDH nak sgt duduk Hillview, betul2 di bagi nya tengok bukit. Hillview ni agak comel la design building dia. Tapi bila berdiri depan Hillview nampak pulak bangunan yang under construction jadi tak berapa best la pulak. 

Kipas tak ada yer.. Aircond memang lagi tak ada la.. Malam2 memang sejuk tak payah kipas2 aircond2 bagai. Selimut pun rasa tak cukup nak berebut. Sedar2 pagi kenapa sejuk sangat ni, orang tu dah bungkus diri dia sorang2..





MDH di depan HillView Inn


Dah pehal colour disaster sangat kau ni Cinta!


Entrance ke HillView Inn penuh bunga-bunga yang mekar

The other side of HillView entrance


Garden depan HillView Inn



Sampai2 tu agak penat la dah la sejuk pulak..  TV dia agak zaman batu siaran pun tak dapat. Berapa kali kami kena minta tukar TV. Talipon pun tak ada dalam bilik. Kami call reception guna handphone ja sbb tak larat nak ulang alik naik ke bilik di tingkat dua. Ke sudahnya kami lelapkan mata saja.  

Lepas mandi dan solat jama' petang tu kami keluar nak round Pekan Tanah Rata dan Brinchang. Dekat Tanah Rata ni la tempat bas-bas dari bawah akan berhenti sebab Station Bas Cameron Highlands dekat sini bukan dekat Brinchang. Banyak kedai2 runcit, budget hotel dan budget apartment dekat sini sebab ni town utama dia. 

Petang tu kami cuba2 cari Taman Agro Teknologi Mardi berpandukan Google Maps. Sebelum ni kami tak pernah ke situ, dengar2 orang cakap macam best tempat tu. Entah ke mana2 maps bawak kami sampai ke hutan2 di belakang ada construction bungalow2 baru. MDH cakap tak payah la kita patah balik saja sebab macam salah jalan.

Jadi kami terus ke Pasar Malam Brinchang yang famous tu. Keluar jer simpang kami nampak couple foreigner buat isyarat hitchhike. Terus aii cakap dekat MDH berhenti2, kita tumpangkan diorang. Walaupun seat belakang ada barang, kami turun kemas2 kan supaya couple tu boleh duduk. Rasa seronok dapat tolong orang membayangkan kalau kami di negara orang macam tu la perasaan tak ada kenderaan.

Kami tanya mereka nak ke mana. Mereka cakap mereka pun tak ada tujuan sebab baru sampai petang tadi dan tempat yang mereka nak pergi tu tutup. Jadi mereka nak ke atas lagi. So elok la kami pun nak ke atas (Brinchang) jadi kami terangkan biasanya dah petang nak malam ni yang famous ialah Pasar Malam Brinchang jadi kami bawak la mereka sekali ke sana. Lupa dah nama derang. Gambar pun tak ambil , rugi kalau tak boleh buat kenang2an.

Bila sampai sana kami separate dan biar derang explore sendiri. Kami cakap kalau by the time kami nak balik derang pun dah habis tunggu dekat kereta boleh balik sekali, kalau tak kami assume balik sendiri2 dan derang ok. Gambar dekat pasar malam pun kami tak ambik sebab agak penat. Jalan ke Brinchang malam tu jam teruk sebab pasar malam. Lepas tapau makanan sebungkus dua bersama ketam goreng kami terus balik. Tak nampak pulak dah mamat dan minah saleh tu dah ke mana.










Cameron Highlands Day 1: Bharat Tea Plantation

Assalamualaikum semua

Sedikit catatan perjalanan ke Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pahang. Ini bukan lah kali pertama kami ke sana tapi ini adalah percutian bersama kami (selepas kahwin) kali yang ke tiga ke Cameron Highlands. Beza nya kali ini kami ke sana berdua sahaja.

Kali pertama bersama-sama ke Cameron Highlands sewaktu singgah dari perjalanan pulang company trip MDH ke Pangkor. Itupun kami sampai dah petang. Singgah makan malam terus turun. Myself semasa kecik2 pun mak dah bawa banyak kali ke Cameron tapi bagi MDH itulah kali pertama ke sana. Bila dah turun malam, MDH tak dapat nak tengok pemandangan ladang teh yang menghijau. Sayangkan?

Kali ke dua kami ke sana bertiga bersama si comel Afnan Nayli (my darling niece). Trip tu 2 hari satu malam saja. Kali ni kami naik lagi ke atas tapi Afnan Nayli dah pindah ke Nusajaya, Johor. Jadi tak ada sesiapa lagi yang kami boleh bawak berjalan2. Berjalan berdua saja lah.

Mari tengok gambar2 kami sewaktu di sana.


Dah start mendaki


Lalu perkampungan semasa naik




Kami keluar pagi2 dari Puncak Alam dan target sampai di Cameron tengah hari. Memandangkan kami dari Selatan, kami keluar saja Toll Tapah walaupun sedia maklum jalan dari Tol tapah agak kecil dan steeps berbanding jalan Simpang Pulai. Lagipun kami nak merasai suasana ladang teh yang tak dapat di rasai sekiranya melalui jalan Simpang Pulai.


Pemandangan sepanjang perjalanan bukit bukau menghijau


Gerai jualan di seberang jalan untuk pelancong yang turun. Signboard Bharat Tea dah nampak.

Kami dah sampai!


MDH seronok tengok ladang teh walaupun penat drive naik gunung


yeay..!

Destinasi pertama mesti lah Bharat Tea Plantation! MDH tanya aii, nak berenti ka... eh, mesti lah nak!





Kami singgah minum teh dan menikmati pemandangan di sini.


Cantik nya alam ciptaan Allah

Teh yang di minum terasa lebih sedap bila suasana macam ni..

Subhanallah! Indah amat!


Happy faces!


Sesiapa yang teringin nak ke mini waterfall kat tengah tea plantation tu boleh turun. Gambar mesti gempak2 kalau turun. Tapi aii is tak larat.. bukan tak larat turun, tak larat nak mendaki naik balik nanti. So nikmati pemandangan dari atas saja lah..

Selesai minum2, kami teruskan ke atas lagi mencari HillView Inn.. tempat kami menginap selama 2 malam kat atas Cameron...


Bye Cameron Bharat Plantation










Friday, February 19, 2016

Our Lovely Strandmon

Assalamualaikum semua...

Hari ni nak cerita pasal Ikea. Ikea ni antara benci dan cinta la... Benci sebab tempat dia macam maze.. sesat2 pusing2 cari barang tak jumpa... Pastu staff tak cukup.. Kadang tanya staff pun setengah membantu setengah endah tak endah jer. Cintakan Ikea sebab barang2 dia cute & innovative dan ada tu yang boleh beli murah2 jer macam cutleries, mangkuk2, cawan2, jar, jug.. Comel sangat2...

Ada sekali kitorang ke Ikea cari brackets.. Tak jumpa.. Punya la pusing2 dekat tempat bracket tu tapi tak berhasil jugak.. Kitorang pun tanya la sorang staff ni, senang jer dia jawab dah habis. Emm, code pulak tak ingat. Biasa nya kalau ke Ikea cari barang myself akan print out wish list barang yang nak cari tu dari Website Ikea tapi bila sampai sana jer sebab excited ker sebab serabut ker selalu list tu hilang. MDH kata ada dengan myself, myself kata ada dengan MDH... Buang masa jer tuduh2, dah hilang tu hilang jugak..

So, dengan hati berat myself tanya la MDH, macam mana ni bracket yang nak tu dah takder. MDH cakap takper la ambik yg jenis lain la. Myself pun, sebab nak guna, cari2 jugak ambik yg lain. Yang buat myself panas hati tu, bila myself balik check balik stock dalam website dia ada berpuluh kot!! Hmmmph!!

Ok lah, sebenarnya entry ni di published untuk share our Lovely Strandmon. My birthday present from MDH for my birthday yg ke errmmm tak ingat.

Strandmon ni memang wishlist myself la.. berbulan2 pandang2 jeling2 intai2 siap dalam you tube segala... akhirnya terpikat jua.. Ceewah!

Hari tu myself pergi la dengan MDH ke Ikea.. Hajat hati nak meminang si Strandmon. Tak sedar diri! Packaging dia besar gabak kenderaan kami size mini!

So ni lah yang jadi

Wajib buat... duduk atas kerusi2 Ikea

MDH sangat suka kerusi ni tapi sayang lepas2 tu kami ke Ikea kerusi ni dah tak ada. Takpa la MDH masih ada Poang


MDH memang benci Ikea. Tapi kalau dah sampai he's a good buddy nak cari barang.


Dah siap bayar tengah fikir nak balik terus ke nak beli karipap & Ice-cream Ikea


Nasib lah ada tali pulak dalam kereta boleh ikat-ikat


Macam ni la kami bawak balik strandmon.. Amaran keras! Aksi di atas merbahaya jangan di tiru.


Strandmon dah selamat masuk rumah. MDH terbaring kelelahan mengangkat Strandmon.


Strandmon dah siap pasang


Our Strandmon.. in her best state


Our study and/or prayer room.. The white table is where I craft my blog


Do you have any unique experience with Ikea? I'd love to know! Please feel free to share your experience below..


Till then, bubbye... 






Thursday, February 18, 2016

Serendah yang Indah

Assalamualaikum semua

Hari ni berkongsi satu lagi tempat menarik yang free untuk menghabiskan masa di hujung minggu sekitar Selangor. Seingat saya, selepas kami tau tempat ni, sekurang-kurangnya 3 kali dah kami ke sana mandi manda.

Kebiasaan nya kami memang akan bawak bekal nasi atau mihun complete dengan lauk pauk untuk berkelah. Ada juga penjaja yang jual goreng-gorengan dan kuih muih. Ada juga penjual ais-cream. Kami biasanya beli ais-cream masa nak balik, jadi makan dalam kereta waktu balik.

Tempat dia kecil sahaja tapi redup dan mendamaikan. Kadang2 ada jugak family yang siap bawak khemah untuk anak2 berehat atau salin baju lepas mandi manda. Jangan lupakan tikar sekali tau. Tikar kami memang sentiasa ada dalam bonet kereta. Mudah kalau ke mana2.

Nama kawasan rekreasi ni Air Terjun Serendah. Mari tengok gambar2 yang kami snap kat sana. Maaf lah gambar dah lama, tak de gambar penuh kawasan. Cukup lah sekadar gambaran suasana bagi sapa2 yang nak ke sana.


Kecil tapi sangat indah

Air yang mengalir dari air terjun ni membentuk anak sungai kecil. Ibu bapa yang bawa anak2 kecil biasa nya lebih gemar anak sungai kecil tu sebab air dia cetek, separas lutut dewasa sahaja.



Di sebelah air terjun ada di sediakan pondok2 kecil bagi meletakkan barang dan berehat


Walaupun kecil saja air terjun ni tapi water pressure dia sangat kuat!


Kami biasa nya akan masuk ke belakang air terjun tu bersama-sama orang lain. Belakang air terjun tu pendek jer separas pinggang / dada orang dewasa bergantung ketinggian. Dah masuk belakang tu boleh bernafas macam biasa sebab ada ruang udara.


Jejak kaki

Walaupun teduh tapi cahaya matahari bersinar terang silau mata kami


Pengalaman kami ke sana biasanya ramai kaum Melayu dan India yang mandi di sini. Ada juga orang Cina yang datang tapi kurang. Semua masyarakat majmuk mandi manda bersama dengan harmoni.

Paling kami tak boleh lupakan masa mandi kat sana ada seorang pakcik India yang berbadan gempal sama2 masuk dengan kami ke belakang air terjun tu. Mula2 kami sekadar masuk ke belakang saja. Lepas tu pakcik tu ajar satu trick dekat MDH, lepas dah masuk ke belakang, angkat tangan ke depan dan biar air terjun yang jatuh tu urut2 bahagian lengan dan bahu. MDH suka la! Dia memang suka urut2 ni.

Selepas tu, kalau kami ke sana lagi MDH mesti akan sebut2 pakcik India tu dan pasti akan buat urutan air terjun yang pak cik tu ajar.



Teduh2 perut kenyang, bayu pulak bertiup lembut, MDH sampai terlelap!


Dah nak balik, beli ice-cream kat penjual aiscream. MDH pasti akan belikan saya ice-cream ni sebab ni ice-cream favourite saya.





On the way balik, sebelum sampai pekan Rawang tu MDH akan singgah beli Putu Bamboo & Shake Kelapa yang di jual di tepi jalan. Sedap!

Bagi sesiapa yang nak ke sana boleh lah search google map @ waze. Mudah jer cari dia ada signboard tepi jalan Kampung Datuk Harun tu. Kalau sesiapa ke sana pasti akan lalu satu rumah yang ada pagar yang unik. Sebab kan bentuk muka bumi yang berbukit kecil, tuan rumah tu terpaksa buat pagar rumah setinggi bumbung rumah dia atau orang boleh masuk dengan hanya naik bukit kecil di tepi pagar tu.

Ni map Air terjun Serendah sebagai panduan yer. Selamat mandi manda!













Wednesday, February 17, 2016

Panjat Pokok di Shah Alam

Assalamualaikum readers

Kejadian dah lama. Saja nak share mana tau ada yang tengah cari aktiviti hujung minggu yang dekat-dekat untuk bersama keluarga.

Kami berdua (myself & MDH) gi panjat2 pokok. Seronok sangat! Yang tak seronok nya myself tak dapat nak habiskan sampai flying fox yang last.. myself ketaq lutut!! Masa ni baru myself sedar yang myself ada masalah dengan ketinggian!

Kisahnya myself la yang tergedik2 suka aktiviti macam ni.. MDH ala2 so so jer... kitorang bertolak awal jugak dalam kul 7.00 pagi dari rumah sebab ambik package yang awal kul 9.00 pagi tanak panas la kekonon... Myself siap buat bekal ala2 nak berkelah lagi.. Tak ingat dah, standard biasa mesti ada sandwich, mihun goreng, rasa2 nugget pun ada..

Tempat nya kat dalam Taman Botani Negara Shah Alam (dulu2 masa myself pergi kecik2 nama dia Bukit Cerakah Shah Alam . Masa tu rasa tempat ni dasyat sangat siap ada rumah 4 musim. Sekarang ni apa pun tak hado). Sampai2 tu taman pun tak buka lagi. Kitorang duduk menunggu sekejap dengan orang2 lain sambil makan sandwich sardin yg myself buat... nyumm..


MDH buat muka garang masa tunggu pintu taman nak buka


Bila pintu taman dah buka kami pun ramai2 serbu masuk (standard la Malaysia), ramai2 pulak berebut beli tiket masuk Taman (standard lagi Malaysia - myself beratur hokey). Tiket masuk taman dalam RM3.00 untuk dewasa. Myself nak beli tiket rumah 4 musim sekali tapi under maintenance la pulak dah... tapi dengar2 cakap rumah tu dah lama tutup.. bila tanya kaunter akan cakap under maintenance.. tak tau la kot sekarang dah buka balik ker..

Dah masuk kitorang naik bus pulak.. pun beratur lagi.. masa beratur ni MDH lagi garang2 dgn myself tau, dia tak suka kena bangun pagi2, kena pulak beratur2 bagai ni lagi dia nak perangai...


Gambar bus cilok dari Google jer


Ramai jugak umat yang datang Taman Botani pagi2... macam2 aktiviti la.. ada yang jalan2 jer, yang gi panjat pokok macam kitorang, yang naik basikal keliling pun ada.. basikal banyak boleh sewa.. tapi kitorang naik jer bus ni.. syiok apa!


Basikal untuk di sewa dalam Taman Botani Shah Alam

Sesampai kitorang kat tempat panjat pokok tu, MDH la yang paling excited.. Haaa! Tau pun seronok!


Dah nampak dah bibit-bibit ke-excited-an dia


Dah nak senyum dah tu

yo... this is me!


 
Tempat kitorang pergi ni namanya Skytrex Adventures. Available at Shah Alam, Melaka & Langkawi. Siapa nak gi leh check info & booking kat sini

Myself yang buat booking. Ambik package Big Thrill la kekonon. Tanak la ambik yang Little Adventure kekanak kot, sekali....! tih tih tih... Package ni RM45/person sahaja.. Difficulties level Intermediate..

Lepas kitorang sampai & register, kena beli sarung tangan. Mana boleh naik guna tangan kosong safety first. Pastu kalau nak bawak botol air naik atas kena sewa tempat penyangkut dia pulak. MDH yang bawak botol air ni.Beg2 bekal tu simpan kat bawah jer, ada tempat simpanan barang di sediakan.

Lepas dah settle yang tu kena la pakai harness. Harness ni memang equipment wajib bagi panjat memanjat ni. Harness ni yang akan sangkut kita kalau terlepas tangan atau tergelincir kaki ker.

MDH dah ready dengan climbing harness

Myself with my harness


Perasan tak harness MDH dengan harness myself tu tak sama? Harness MDH tu harness standard mcm org lain pakai kat pinggang jer. Harness myself special tau! Sebab nya? Hihihihihihi...

Lepas dah settle harness... trainer tu tanya samada kitorang dah experience aktiviti panjat memanjat ni.. Of course la tak kan, sebab tu nak try... So trainer bawa kitorang gi satu tempat training kecil dan explain climbing gear, safety rules, cara2 nak sangkut harness dengan carabiners and all and bagi kitorang try flying fox mini yg training dulu.

Dah settle yang tu, baru la kitorang start adventures pokok. Kat setiap station tu mmg ada guide yang jaga, so no worries okeh.. apa2 hal boleh tanya jer kat guide tu. MDH of course dia yang naik dulu. Tapi itu yang buat masalah for myself. As MDH dah proceed dulu, dia dengan laju nya naik. Dah sampai atas, guide pulak cakap terus2 tak payah tunggu2. Myself pun mula panjat pokok besar yang start Big Thrill...


Ni pokok besar start Big Thrill station. Sumber google.


And without a clue, MDH pun proceed dengan laju dan hati riang gembira lalalalalalala!

Dia tak tau wife chubby dia stuck kat tengah pokok!!!!

I felt so helpless stucked there!! Kaki rasa lembik... lutut ketaq!!!! MDH dah proceed entah ke mana!! I don't know what's happening to myself! All I know I don't have the stamina to proceed.. So, until 3 quarter of the tree I just hug the stair like some koalas!!

The boy guide there try to motivate me... Dia cakap, naik jer takkan jatuh tadi kan dah try masa kat bawah dah pasang harness semua.. you should be ok...

I know I know I should be ok.. I know I won't fall.. It just that I cannot move my feet another inch!!

So what I did?

I shouted to my darling hubby!! Abang Abang... tunggu saya!! huhuhuhu.....



Some of the track. Sumber google

Another track Sumber google
Titi jala gantung. Nampak senang tapi cuba dulu. Sumber google

 


See.... I needed my MDH!

Lepas dah MDH tunggu myself... and myself pun dengan sisa-sisa kudrat yang ada.. myself paksa kaki naik selangkah demi selangkah sambil mulut bebel2 sebab MDH tinggal! (walhal sendiri yang takde stamina)

Dah berjaya naik atas station yang pertama tu dah okey... tak la susah sangat sebab yang lain tu jalan2 jer atau flying fox... So MDH tak tinggal myself lagi... (orang nak happy2 buat sama2, tanak la tinggal2 mcm buat sorang.. ceh!)

Atas tu memang seronok la.. Macam2 trex boleh rasa macam gambar kat atas.. Tapi malang nya di sebabkan kejadian pertama tadi my body system dah bagi satu adrenaline protective rush yang buatkan myself rasa menggeletar dan sangat tak berupaya....

Lepas trex ke 4-5 tu myself cakap dekat MDH myself tak larat proceed.. So, guide yang ada dekat station cakap depan tu ada track yang boleh turun ke bawah kira half way la.. Sadly, myself turun sebab myself rasa sangat tak berdaya...

And MDH proceed sampai flying fox yang last sekali !

Wuuhuuu!! myself jealous tau while typing this!


MDH dekat station


MDH baru turun dari atas lepas habis flying fox


Letih tapi seronok dan sangat puas


Bila pernafasan kembali teratur baru lah nak sibuk2 ambik gambar bagai...








 Balik tu alang2 dah naik shuttle bas taman kitorang ronda2 la dalam Taman Botani... Tengok2 tak ada apa sangat pun.. so kitorang balik.. tamat separuh hari panjat pokok di  Shah Alam...


Gembira misi selesai



Masa balik MDH cakap, sepatutnya bagi myself naik dulu.. so dia kat belakang, dia boleh monitor myself.. Tak la jadi mcm tadi tertinggal mencangkup tangga kat pokok mcm koala...

Nak repeat tak MDH?