Thursday, February 25, 2016

Cameron Highlands Day 2: Boh Tea Centre Sungei Palas & Taman Agro Al-Mashoor

Assalamualaikum semua


Dah penat pusing Taman MARDI, kami nak ke Boh Tea Centre Sungei Palas pula. Dalam perjalanan kami singgah ke Taman Agro Al-Mashoor. Kami berdua tak pernah ke taman ni sebelum ni walaupun dah beberapa kali ke Cameron Highlands.



 
Taman Agro Al-Mashoor ni tengok review agak bagus. Tapi bila kami ke sana, agak kecewa sebab selain pokok strawberry yang lain2 apa pun tak ada. Nak beli air pun tak ada kat sini. Yang ada cuma jelly strawberry.

 
Manis2 masam2 boleh lah rasa strawberry
 

MDH buat thumbs up... sedap la tu..

Memandangkan kami dah puas tengok stawberry dekat Taman Agro Teknologi MARDI tadi, tak ada apa sangat lah yang dapat kami tengok dekat sini. So, kami pun naik kereta nak ke destinasi seterusnya.

Jalan keluar dari Al-Mashoor akan lalu Ye Olde Smokehouse tau.. tapi tak snap gambar la pulak...

Kereta banyak, jalan pun jem. Bila lalu tak ada pulak accident ka apa ka. Tapi terlalu ramai orang yang naik ke Cameron masa hari cuti menyebabkan lalu lintas kacau bilau. Mental note, lain kali musim cuti jangan naik Cameron.

Lepas beberapa km merangkak-rangkak tu, kami jumpa ni!


Untung peniaga ni.. orang ramai ya amat... laku jualan dia...

Honey dew dan kelapa laut!

Dah la kami dahaga tadi kat Al-Mashoor takde air... pucuk di cita ulam mendatang lah... MDH beli air kelapa dan honey dew.. Boleh la alas perut.. ada jugak aktiviti kunyah2 dalam standstill traffic...

Jalan lagi... jalan lagi...

Kami sampai ke tempat yang di rindui!


sampai!


Boh Tea Centre Sungai Palas ni antara aktiviti kemuncak kami kalau ke Cameron, . Bukan la ada apa sangat pun, tapi laluan ke sana yang kecil melalui celah2 bukit dan pokok teh serta saling memberi laluan antara satu sama lain dengan kereta2 yang kembali dari sana buatkan kami rasa seronok. Bila dah nak sampai, rumah2 pekerja ladang teh pun nampak cantik... hahahahahaha!


Ok.. sampai dah tengahari, perut pun dah lapar kita makan dulu...



Hidangan wajib kami kalau ke sini



Tengah fikir nak terkam mana satu dulu



Tak fikir dah... Bismillah   aaammmmmm!



dan lagi.......



dan lagi.......  pandang sana pandang sini.. perut menyanyi senang hati...


Mesti makan kalau kami ke sini:

       1) Mushroom soup & toast... ini must have item MDH...
       2) Scones + jam strawberry + whipping cream.... emmmm nyummmm....
       3) Strawberry Cheese cake .... tak sah la pegi cameron tak makan strawberry kan....
       4) Sandwich telur.... i loike!
       5) Teh tarik... BOH style..
       6) Hot chocolate... MDH must have..

Kali ni kami ada order bun ikan bilis dan strawberry pie jugak sebab lapar sangat dah...

Perasan tak botol putih2 atas meja tu?

Tu la gula.. BOH letak atas setiap meja.. sapa yang nak manis lagi tuang jer gula tu.. biar ketagihan gula semurang pastu datang lagi BOH nak makan teh gula... heheheehehehe....

Seronok sangat ka kat sini? Mesti lah seronok!!

Tak caya tengok gambar mula MDH dgn makanan tu.. Nampak tak kakak yang kat belakang tu?

Haaaaaaaaaaa..... kan seronok tu!!   hehehehehehehe..... jangan marah ya kakak....



Dah siap makan, kita foto2 lagi...




View dari anjung tinjau BOH

MDH dekat anjung tinjau


Asal orang tolong ambik gambar hasil nyer mesti mcm ni.... hmmmmphh! tak ikhlas la tu...

Tak tau la kenapa asal minta tolong orang ambikkan gambar, mesti hasil nya tak seperti yang sendiri ambik gambar. Masa kat buaian Taman MARDI pun sama. Yang kat atas ni lagi la gelap terus gambar. Nanti kita tengok contoh lagi perbezaan kat bawah.


Sepanjang laluan ni boleh baca sejarah BOH Tea


Toilet dekat BOH tea ni bersih... di perbuat dari buloh.. Tapi boleh tahan la beratur kalau musim2 cuti ni. Kami beli product BOH tea dari kedai BOH kat hujung ni. Ada macam2 perasa teh.. Yang kami beli tu apricot kalau tak silap.

Kat hujung sekali ada alat penggiling teh zaman dulu2. Kami tak ambik gambar pun sebab dah ambil sebelum ni. Kilang teh pun ada, tak pasti boleh masuk melawat tak dalam tu. Tapi kalau nak tengok dari luar memang boleh.


Ok, sekarang mari kita tengok perbezaan gambar hasil bidikan sendiri dan hasil minta tolong orang ambikkan gambar.


Ni bila myself ambik gambar


Ni MDH ambik gambar... tune dah sikit lari..


Ni hasil ntah sapa2 yang tolong ambikkan gambar.. See nampakkan beza??!

 Sebelum balik... mari shoot last kenang-kenangan kat sini...



Ada orang sayang sangat isteri dia... aawwwww!!


Malam indah bagaikan di syurga
Penuh cinta kasih dan sayang
Cahaya purnama menjanjikan
Cinta kita kan abadi selamanya

Ingin seribu tahun lagi
Hidup selalu di sampingmu
Sungguh aku tak mahu mati
Bila tanpamu di sisiku

Bulan terang sebagai saksinya
Saksi cinta kita berdua
Langit kasih mesra terikat dihati
Untuk saling menyayangi 





  Dah puas tengok teh, jom tengok lavender pulak?






































Cameron Highlands Day 2: Taman Agro Teknologi MARDI


Assalamualaikum semua..

Bangun dengan sangat malas pagi ni sebab suasana sejuk ya amat pagi2 di Cameron. Rasa macam mandi dengan ais batu pun ya. Kami sarapan di gerai2 dekat Tanah Rata saja. MDH makan nasi lemak, myself makan thosai. Nampak thosai tetiba teringin. Sedap jugak rasa kelapa lemak2 masam2 gitu..

Lepas makan aii nampak kedai jual map. Kitorang gi beli map Cameron.Sebelum ni pun dah beli ntah kat mana letak. Nak beli map tu sebab gigih nak cari jugak mana Taman Agro Teknologi MARDI. Akhirnya berjaya juga menjejak letak duduk taman nih.

Apa yang ada kat sini? Macam-macam ada...

Mula2 mari kita belajar mengenai strawberry... Chekidout...


Ini bunga strawberry


Buah Strawberry terhasil dari kemuncup tengah bunga strawberry


Bila buah membesar bunga pun mati dan kelopak daun tu la jadi tangkai stawberry


Kebanyakan stawberry di tanam di dalam poly-bag di atas para


Tengok! Buah dah nak masak!


Comel kan strawberry nih!


Ada juga strawberry di tanam di dalam pasu


Meriah nya buah strawberry dalam pasu ni


Kat dalam ni ada banyak taman-taman. Taman bunga, taman sayur-sayuran, taman orkid, kolam ikan...


Walkways dengan bunga bergantungan... cantik sangat!







Sama-sama! Apa kat tangan tu? Asyik pegang tu jer...

 Berhampiran strawberry garden tu ada jual ice-cream strawberry tau! Jangan lupa rasa ice-cream fresh made in Cameron... sluurrp..!


Sejuk mata memandang taman2 dekat sini

 

Asyik2 gambar ni jer...



Hydrangea lagi! I really love this flowers!



Rare... tak tau la bulat2 hijau tu bunga atau buah yang penting MDH tertarik dekat dia..

 
Abang long kawasan tengah ronda tanah jajahan



Aik dah balik? Garang jer abang long kawasan ni...



Si cantik manis Mawar jelita



Taman Mawar



Si loceng... Gadis ayu berkain kembang...



Taman daisy



Ada buaian!


Bila kita ambil gambar


Bila minta tolong orang ambil gambar... hmmmph!!


Mari kita tengok bunga2 lagi...



Cantikkan?


Yang ni pun menawan sangat!


Unik... tak pasti bunga ka naga... Ada yang minat bunga tajam2 kat sini?


Taman Tomato... semua seragam jer...


Timun? Labu?


Rosemary di Taman Herba


Gemuk-gemuk


Angin bertiup.. sejuk!!


Di depan English Cottage


Aktiviti favourite kami bagi makan ikan!


Orang ambil gambar masa datang, kami nak balik baru mai sini


Boleh lah kenang - kenangan




Di atas bangku dari bambu
Di bawah terangnya rembulan
Berduaan duduk denganmu
Bercinta penuh kemesraan

Ewah!!



Pusing segala macam taman... mood bahagia pun datang!

Dah puas kami meneroka segenap inci Taman Agro MARDI ni, kami pun bergerak nak ke Boh Tea Centre Sungei Palas. Sebelum tu kami singgah tengok apa yang ada di Taman Agro Al-Mashoor. Jom!